Friday, 18 November 2011

kata orang


Bila kita jadi jahat = ORANG BENCI
Bila jadi baik = ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama = BERLAGAK ALIM
Bila langgar suruhan agama = ASTAGHFIRULLAH, APA NAK JADI? NAK KIAMAT KOT.
Bila kita ikut peraturan = SKEMA
Bila laggar = TAKDA MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik = BAJET BAGUS
Bilategur dengan kasar = KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan = KAMPONG GILER
Bila pakai dedah sana sini = TAKDA HARGA DIRI
Bila kita bagi nasihat = JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG
Bila kita sindir = TAK RETI BAGI NASIHAT ELOK-ELOK?
Bila kita tolong buat kerja = SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KERJA ORANG LAIN NI WATPA ?
Bila kita tak tolong = APESAL PEMALAS SANGAT NI ? NAK TOLONG ORANG PUN SUSAH !

# sebenarnya ramai orang tak berpuas hati dengan kita. Apa yang kita buat sume salah. Sume tak betul kat mata dorang. Kalau buat salah sudah tentu salah. Tapi jika buat baik pun masih ada yang mengata...haih =.=’’
p/s ; keputusan yang kita buat, langkah yang kita mula, perkara pertama yang kita perlu fikirkan ialah pandangan Allah s.w.t terhadap kita. Bukan pandangan manusia.

Kenapa perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki?



Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah,
Tetapi apabila dia mula mencintai kamu,
Dia mula merendahkan egonya semata-mata untuk kamu.

Bila dia menagis dihadapan kamu, kerana kamu..
Pandanglah matanya.
Bolehkah kamu rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah kamu cuba untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan....
Berbaloikah dia menangis dihadapan kamu,
Hanya kerana kamu?

Dia menangis bukan kerana dia lemah.
Dia menangis bukan kerana kasihan atau simpati.
Dia menangis kerana tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati.
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat apabila disimpan.

Lelaki...
Cuba ambil masa untuk berfikir.
Jika si dia menagis hanya kerana kamu,
Mungkin sudah tiba masanya kamu fikir kembali dimana silap kamu.
Kerana hanya anda tahu jawapannya..

Fikirkan..
Kerana suatu hari nanti, mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya”

Kalau seorang perempuan menangis kerana kamu,
Janganlah kamu membiarkan dia menangis kesorangan.
Beradalah disisi dia, menemani dia kerana dialah yang akan setia dengan anda hingga akhir hayat anda.

Kalau seorang perempuan menangis kerana kamu,
Janganlah kamu meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan kamu.
Kerana kamu akan merosakkan hidup dia.

Jangan pernah mungungkapkan rasa cinta kamu kapada seorang perempuan selagi kamu belum yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana kamu hanya akan membuatkan si dia menangis dan sensara..
Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.

Wednesday, 16 November 2011

senyum



Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka dihati...
Kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri..
Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin,
Sedangkan perasaan goyah menunggu rebah.
Bila menangis tidak siapa tahu,..
Semuanya demi maruah diri.

Walau siapapun kita, Dimana kita berada,..
Langit tetap dijunjung, Tanah tetap dipijak...
Selagi  kita hidup, langkah mesti diteruskan
Jangan sesekali kesal dengan nasib diri
Kerana....
Kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yang sedang diuji oleh-Nya...