Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah,
Tetapi apabila dia mula mencintai kamu,
Dia mula merendahkan egonya semata-mata untuk kamu.
Bila dia menagis dihadapan kamu, kerana kamu..
Pandanglah matanya.
Bolehkah kamu rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah kamu cuba untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan....
Berbaloikah dia menangis dihadapan kamu,
Hanya kerana kamu?
Dia menangis bukan kerana dia lemah.
Dia menangis bukan kerana kasihan atau simpati.
Dia menangis kerana tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati.
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat apabila disimpan.
Lelaki...
Cuba ambil masa untuk berfikir.
Jika si dia menagis hanya kerana kamu,
Mungkin sudah tiba masanya kamu fikir kembali dimana silap kamu.
Kerana hanya anda tahu jawapannya..
Fikirkan..
Kerana suatu hari nanti, mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya”
Kalau seorang perempuan menangis kerana kamu,
Janganlah kamu membiarkan dia menangis kesorangan.
Beradalah disisi dia, menemani dia kerana dialah yang akan setia dengan anda hingga akhir hayat anda.
Kalau seorang perempuan menangis kerana kamu,
Janganlah kamu meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan kamu.
Kerana kamu akan merosakkan hidup dia.
Jangan pernah mungungkapkan rasa cinta kamu kapada seorang perempuan selagi kamu belum yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana kamu hanya akan membuatkan si dia menangis dan sensara..
Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.
No comments:
Post a Comment